Syiahindonesia.com - Yahudi: Mereka telah menisbahkan sifat-sifat tidak sempurna kepada Allah s.w.t. seperti menyesal, sedih dan terkilan. Banyak kenyataan dalam kitab-kitab Yahudi yang menyebutkan mereka menisbahkan sifat-sifat berkenaan terhadap Allah s.w.t. Tersebut dalam Sifr Khuruj bahawa Allah menyesal: “ …. Maka Tuhan menyesal kerana akan melakukan kejahatan terhadap bangsa Bani Israil”. [25]
Antara nas yang menunjukkan mereka menisbahkan kepada Allah sifat sedih dan terkilan terhadap perbuatanNya sendiri, adalah kenyataan dalam Sifr Takwin: “Tuhan telah melihat banyak kejahatan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi dan semua yang tergambar dalam pemikiran Tuhan pada setiap hari adalah kejahatan. Lalu Tuhan bersedih dan terkilan kerana telah mencipta manusia di muka dunia ini. Maka Tuhan berfirman: “Hapuskan semua manusia dari muka bumi. Manusia ini berada bersama binatang ternakan dan binatang melata serta burung-burung di langit. Aku sedih kerana telah menciptakan mereka.”[26] Mafhum dari kenyataan ini bahawa Tuhan sebelum itu tidak mengetahui bahawa akan lahir dari manusia banyak kejahatan dan bila nyata kejahatan manusia maka Tuhan bersedih kerana telah menciptakan manusia.
Orang Yahudi juga telah menisbahkan sifat lupa kepada Allah s.w.t. seperti yang tersebut dalam ratapan Irmiya: “Kenapa Engkau melupakan kami berabad-abad dan mengabaikan kami sepanjang zaman, kembalikan kami kepadaMu kalau tidak kami akan menjadi murtad”.[27]
Syi’ah: Mereka telah menisbahkan sifat lupa (Bada’) kepada Allah s.w.t. Dari sudut bahasa perkataan bada’ memberikan dua makna:
a. Nyata selepas tersembunyi (الظهور بعد الخفاء). [28]
b. Timbul pandangan lain (نشأة رأي جديد ). [29]
Berdasarkan kedua-dua makna ini ianya akan memberi maksud “tidak tahu kemudian baru tahu” dan sifat ini adalah mustahil bagi Allah s.w.t. Syi’ah telah mengharuskan menisbahkan bada’ atau jahil kepada Allah s.w.t. Bahkan mereka telah terlajak dalam hal ini sehingga menjadikan fahaman ini sebagai suatu ajaran yang asas dalam agama mereka.
Terdapat banyak riwayat dalam kitab-kitab Syi’ah yang menyebutkan betapa pentingnya aqidah ini bagi mereka. Dalam kitab Usul Kafi terdapat dalam tajuk besar iaitu “kitab tauhid” dan di bawah tajuk ini ada tajuk kecil iaitu “bab al-bada’”, yang memuatkan beberapa riwayat yang menyebutkan kelebihan aqidah bada’, antaranya: Diriwayatkan dari Zurarah bin A’yun yang diambil dari salah seorang dari kalangan mereka berdua a.s.: “Tidak ada ibadat kepada Allah yang menyamai bada’”. Ulamak Syi’ah telah ijma’ dalam mensabitkan akidah bada’ kepada Allah s.w.t. [30] Bahkan al-Khuii dalam kitabnya yang lain menyebutkan akidah bada’ merupakan perkara sama’ii yang tidak ada ruang akal untuk memikirkannya kerana perkara ini diceritakan oleh para Imam a.s. [31] Golongan Syi’ah telah meriwayatkan dari Ja’far Assodiq bahawa beliau berkata: “Tidak berlaku bada’ kepada Allah sebagaimana berlakunya bada’ kepada Allah berhubung anakku Ismail”. [32] Darulkautsar.net
************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

0 komentar: