Syiahindonesia.com - Yahudi: Dalam Sifr Hizqial (Orang Yahudi menisbahkan kitab ini sebagai kenyataan Allah s.w.t.) Allah menyebutkan bahawa Dia telah menghimpunkan bangsa Yahudi di satu tempat dan meletakkan mereka di bawah satu pemerintah (Raja) iaitu Daud dan seterusnya bangsa Yahudi terus menerus berada di bawah pemerintahan keturunan Daud. [6]
Syi’ah: Mereka meyakini, Nabi s.a.w. melantik (melalui wasiat) ‘Ali r.a. sebagai penggantinya dan seterusnya jawatan imam berpindah kepada Saidina Hasan dan seterusnya berpindah kepada Saidina Husain dan seterusnya jawatan itu berpindah kepada keturunan Husain sahaja hingga kepada Imam Syi’ah yang kedua belas iaitu al-Mahdi Muntazar. Untuk menyatakan persamaan Syi’ah dengan Bani Israil dari sudut bilangan Imam maka Assaduq (ابن بابويه القمي) membuat tajuk khusus iaitu:
أخرج الله عزوجل من بني إسرائيل إثنى عشر سبطا، ونشر من الحسن والحسين عليهما السلام إثنى عشر سبطا
Maksudnya: Allah s.w.t. telah melahirkan dari kalangan Bani Israil (Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahin) dua belas orang keturunannya (sebagai Imam) dan Allah telah melahirkan dari keturunan Hasan dan Husin dua belas orang keturunan. [7]
3) Aqidah Al-Masih Al-Muntazar Di Sisi Yahudi Dan Aqidah Al-Mahdi Al-Muntazar Di Sisi Syi’ah.
Yahudi: Mereka menanti seorang lelaki dari keturunan Daud yang akan memerintah alam ini. Lelaki berkenaan akan mengembalikan kegemilangan bangsa Yahudi dan akan mengarahkan bangsa-bangsa lain supaya tunduk dan menjadi hamba kepada bangsa Yahudi. Mereka menyebutkan watak yang akan lahir di akhir zaman ini sebagai “المسيح المنتظر”. Dalam kitab orang Yahudi terdapat dengan begitu banyak sekali kenyataan tentang “المسيح المنتظر”. [8]
Peristiwa dan fenomena yang akan berlaku semasa kemunculan al-Masih:
i. Beliau menyatukan bangsa Yahudi yang berada di setiap pelusuk alam ini dan menjadikan mereka satu jumlah tentera yang besar. Tempat perhimpunan mereka adalah di Bukit Ursyulim di Quds.
ii. Beliau akan membicarakan dan menjatuhkan hukuman kepada setiap orang yang menzalimi bangsa Yahudi dan kemudiannya menjadikan mereka sebagai hamba kepada bangsa Yahudi.
iii. Berlaku perubahan besar kepada alam ini. Allah akan menjadikan langit-langit dan bumi yang lain. Demikian juga matahari dan bulan akan hilang cahayanya.
iv. Berlaku perubahan kepada fizikal orang-orang Yahudi dan umur mereka menjadi panjang melebihi bangsa lain.
v. Rezeki melimpah ruah untuk bangsa Yahudi. Dalam kitab-kitab mereka digambarkan bukit mengeluarkan susu dan madu, bumi menjadi subur dan mereka memakai pakaian dari bulu lembut.
Syi’ah: Kepercayaan kepada Mahdi Muntazar merupakan aqidah yang paling utama dan disebut dalam hampir semua kitab mereka. Al-Mahdi yang dimaksudkan adalah Muhammad bin al-Hasan al-‘Askari iaitu Imam Syiah yang kedua belas yang biasa juga disebutkan dalam kitab mereka dengan nama “الحجة” dan juga “القائم”. [9] Golongan Syi’ah mendakwa al-Mahdi dilahirkan pada tahun 255 H dan telah bersembunyi di Sardab [10] pada tahun 260 H. Mereka menunggu kemunculannya di akhir zaman dengan maksud untuk sama-sama membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka [11] dan penganut Syi’ah sentiasa menziarahi tempat persembunyian al-Mahdi ini. [12] Banyak pula timbul cerita-cerita khurafat yang dikaitkan dengan al-Mahdi ini, yang tidak mungkin akan diterima oleh akal yang waras sehinggakan kanak-kanak pun sukar untuk mempercayainya.
Fenomena semasa kemunculan al-Mahdi:
i. Ibunya yg bernama Narjis tidak menyedari beliau mengandungkan al-Mahdi dan yang lebih ganjil lagi beliau mengandungkan al-Mahdi dalam satu malam dan melahirkannya pada malam yang sama.[13]
ii. Ketika lahir, al-Mahdi menyeru nama Allah s.w.t. dalam bahasa ‘Ibrani. [14]
iii. Al-Mahdi akan menghimpunkan seluruh penganut Syi’ah yang berada di setiap pelusuk alam ini. [15]
iv. Al-Mahdi akan membongkar dan mengeluarkan para sahabat dari kubur-kubur mereka dan akan mengazab mereka. [16]
v. Al-Mahdi akan membunuh orang ‘Arab dan bangsa Quraisy. [17]
vi. Al-Mahdi akan merobohkan Ka’bah, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan merobohkan setiap masjid umat Islam.[ 18]
vii. Al-Mahdi akan menyeru manusia kepada satu agama baru, kitab baru dan syari’at yang baru. [19]
viii. Al-Mahdi akan menakluki bandar-bandar besar dengan menggunakan TabutYahudi. Bagi orang-orang Yahudi, tabut mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan mereka juga berkeyakinan apabila tabut dibawa bersama dalam peperangan mereka tidak akan tewas. [20]
ix. Semasa kewujudan al-Mahdi orang Syi’ah akan memiliki kekuatan luar biasa iaitu menyamai empat puluh lelaki biasa begitu juga tahap pendengaran dan penglihatan mereka melebihi bangsa lain. [21]
x. Al-Mahdi akan berhukum dengan keputusan keluarga Daud bukan dengan al-Quran dan Assunnah. [22] Darulkautsar.net
************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

0 komentar: