Breaking News
Loading...

Ternyata Aqidah "Wasiat" Syiah Mirip dengan Keyakinan Yahudi, Ini Buktinya!
Syiahindonesia.com - Yahudi: Kemestian menentukan jawatan pengganti selepas nabi adalah melalui wasiat yang jelas atau disebut sebagai “secara nas”. Berkaitan perkara ini terdapat banyak nas dalam Taurat dan kitab-kitab Yahudi; dalam Sifir ‘Adad disebutkan arahan Allah supaya Nabi Musa melantik Yusya’ bin Nun sebagai penggantinya. [1]

Syi’ah: Kedudukan “Imamah“ atau “Al-Walayah” dalam ajaran Syi’ah adalah sebagai rukun agama yang paling utama berbanding rukun-rukun yang lain. Bahkan tidak akan sempurna iman tanpanya. Al-Kulaini meriwayatkan bahawa Ja’far Assodiq berkata: “Islam dibina di atas lima perkara iaitu solat, zakat, haji, puasa dan walayah.” Zurorah berkata: “Aku bertanya; kelima-lima itu yang manakah paling utama. Jawab Imam Ja’far: Al-Walayah”. [2]

Syi’ah beriktiqad bahawa “wasi” selepas Nabi s.a.w. adalah ‘Ali bin Abi Talib dan perlantikan ini ditentukan oleh Allah s.w.t. Ja’far Assodiq meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mempersaudarakan antara aku dan ‘Ali bin Abi Talib, mengahwinkan ‘Ali dengan puteriku di atas tujuh petala langit dan malaikat muqarrabbin menjadi saksi perkahwinan tersebut, Allah telah menjadikan ‘Ali sebagai (wasi) penggantiku …… ” [3].

Para ulamak dari kalangan Ahlussunnah dan Syi’ah menyebutkan bahawa Ibnu Saba’ lah yang memulakan aqidah wasiat dalam Islam dan semasa dalam agama Yahudi beliau telah menyebutkan wasiat tentang Yusya’ bin Nun. Shahrastaani menegaskan: “Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mula-mula mencanangkan akidah jawatan imam kepada Saidina ‘Ali bin Abi Talib berdasarkan nas daripada Allah s.w.t” Ketika membicarakan tentang Ibnu Saba’, Shahrastaani menyebutkan: “Orang ramai mendakwa Ibnu Saba’ sebagai Yahudi yang memeluk Islam. Semasa Yahudinya beliau mengittiqadkan Yusya’ bin Nun sebagai wasi nabi Musa a.s dan semasa Islamnya beliau mengittiqadkan pula Ali sebagai wasi kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beliaulah yang mula mencanangkan aqidah jawatan imam kepada Ali adalah dinaskan oleh Allah s.w.t. dan darinya juga bercabang kelompok Syiah ghulat.” [4] Ulamak Syiah bernama Annaubkhti juga berpendapat demikian. [5] Darulkautsar.net

************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

Artikel Syiah Lainnya

0 komentar: