Syiahindonesia.com - Sebagaimana janji Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w, ahli sunnah wa Jamaah adalah golongan yang akan sentiasa mendapat petunjuk kerana mereka berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terutama Khalifah Rasyidin. Golongan selain dari ahlu sunnah wal jamaah adalah golongan yang sesat kerana mereka tidak berpaksikan kepada Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ Rasyidin sebagai pedoman hidup. Perlu dinyatakan bahawa walaupun golongan-golongan sesat ini mendakwa mengikuti al-Qur’an namun mereka terkeluar dari landasan iman kerana sikap mereka yang menolak Sunnah nabi s.a.w. dan para sahabat.
Di antara golongan yang sesat itu ialah ajaran Syi`ah. Sebagai satu ajaran yang telah lama bertapak, Syi`ah mempunyai rujukan-rujukan sendiri yang muktabar. Perlu ditekankan bahawa adalah satu asas dalam mengkaji mana-mana aliran atau fahaman sebelum menghukumkannya sebagai sesat atau tidak, haruslah merujuk kepada sumber asal mereka yang muktabar..
Suatu masa dulu, adalah sukarbagi orang awam untuk mendapatkan kitab-kitab muktabar mereka kerana sudah menjadi dasar kepada mereka untuk tidak membiarkan kitab-kitab mereka jatuh kepada orang lain. Mereka menyembunyikannya dari orang awam, sehinggakan rujukan mereka itu hanya boleh dibaca oleh Ayatullah-Ayatullah mereka sahaja. Adapun penganut Syi`ah yang tidak sampai kepada martabat Ayatullah tidak layak untuk membacanya sehingga mereka mendakwa orang-orang yang bertaqwa sahaja yang berhak. Alangkah malang penganut ajaran Syi`ah kerana mereka tidak dapat menatapi sabdaan-sabdaan para Imam! Kitab-kitab berautoriti seperti al-Kafi karangan al-Kulaini, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man layahduruhu hanyalah untuk bacaan para Ayatullah sahaja!
Keempat-empat kitab ini merupakan kitab yang paling tinggi kedudukannya dan Khomeini menganggapnya sebagai rujukan terpenting. Di samping itu terdapat Wasail al-Syi`ah, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi, Risalah al-I`tiqadat oleh Ibn Babwaih al-Qummi
Dalam artikel ini, kita akan menyoroti aqidah dan pendirian mereka berhubung dengan orang-orang lain yang bukan Syi`ah berdasarkan kepada rujukan-rujukan mereka.
Aqidah Syi`ah Tentang Orang Yang Tidak Mengakui Imamah
Syiah berpendapat imamah merupakan salah satu usul agama dan Rasulullah s.a.w. menentukan 12 imam dengan jelas.
Ibn Babwaih al-Qummi yang mendapat jolokan al-Saduq menyebutkan di dalam kitabnya Risalah al-I`tiqadat, halaman 103, cetakan Markaz Nasyr al-Kitab, Iran:
“.. واعتقادنا فيمن جحد إمامة أمير المؤمنين علي بن أبي طالب والأئمة من بعده – عليهم السلام – أنه كمن جحد نبوة جميع الأنبياء، واعتقادنا فيمن أقر بأمير المؤمنين وأنكر واحدًا ممن بعده من الأئمة أنه بمنزلة من أقر بجميع الأنبياء وأنكر نبوة نبينا محمد صلى الله عليه وآله”،
“Kepercayaan kita berhubung dengan orang yang mengingkari imamah Amirul Mukminin Ali a.s. dan para imam sesudahnya seperti orang yang mengingkari kenabian semua nabi. Dan kepercayaan kita tentang orang yang mengingkari salah seorang imam selepasnya seperti orang yang mengakui kesemua nabi tetapi mengingkari kenabian nabi kita Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya.”.
Pada halaman yang sama, Ibn Babwaih menukilkan satu riwayat yang disandarkan kepada Imam Ja`far al-Sadiq:
” المنكر لآخرنا كالمنكر لأولنا” .
“Orang yang mengingkari imam kita yang terakhir seperti mengingkari imam yang pertama.”
Dalam rujukan yang sama, beliau juga menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda :
“الأئمة من بعدي اثنا عشر؛ أولهم أمير المؤمنين علي بن أبي طالب عليه السلام وآخرهم القائم، طاعتهم طاعتي ومعصيتهم معصيتي، من أنكر واحدًا منهم فقد أنكرني”.
“Imam-imam setelahku 12 orang, yang pertama Ali bin Abi Talib a.s. dan yang terakhir al-Qaim. Ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepadaku. Menderhakai mereka sama menderhakaiku. Sesiapa mengingkari mereka sesungguhnya telah mengingkariku.” Kata-kata al-Saduq ini dinukilkan oleh al-Majlisi dalam Bihar al-Anwar (jil. 27, hal. 61-62)
Mulla Baqir al-Majlisi, yang mendapat gelaran al-Allamah, al-Hujah dan Fakhr al-Ummah (kebanggaan ummat) menulis di dalam Bihar al-Anwar jilid 23 halaman 390:
“اعلم أن إطلاق لفظ الشرك والكفر على من لم يعتقد إمامة أمير المؤمنين والأئمة من ولده عليهم السلام وفضَّل عليهم غيرهم يدل أنهم مخلدون في النار”.
“Ketahuilah, ungkapan lafaz syirik dan kufur kepada orang yang tidak beritikad dengan keimaman Ali dan para imam dari anak cucunya a.s. dan kelebihan mereka mengatasi orang lain menunjukkan mereka itu kekal di dalam neraka.”
Dalam Bihar al-Anwar (jilid 23 hal 391) Baqir al-Majlisi menukilkan daripada al-Mufid bahawa:
“Syi`ah Imamiyah sepakat tentang orang yang mengingkari imamah salah seorang imam dan membantah ketaatan yang diwajibkan Allah kepadanya (imam) sebagai kafir sesat yang selayaknya kekal di dalam neraka”.
Lihat bagaimana Syi’ah mengkafirkan orang-orang yang tidak ‘beriman’ kepada Imam-Imam mereka Adakah perkara ini menunjukkan perbezaan antara Ahli Sunnah dan Syi`ah dari segi fiqh mazhab sahaja? Sebenarnya penilaian mereka terhadap Ahli Sunnah jauh lebih dahsyat daripada permusuhan dengan orang-orang kafir lain. Benar sekali kata-kata Shaikh Musa Jarullah di dalam kitabnya al-Wasyi`ah fi Naqd `Aqaid al-Syi`ah, halaman 227: “Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat dalam kitab-kitab Syi`ah, musuh Syi`ah yang paling ketat dan paling kuat ialah Ahli Sunnah wa Jamaah. Saya melihat sendiri bahawa semangat permusuhan benar-benar menguasai hati semua lapisan Syi`ah.”
Darah Ahli Sunnah Adalah Halal Di Sisi Syi`ah
Di samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara’I,` halaman 601 cetakan Najaf:
عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: “حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه”.
Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: “Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan”
Apakah yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka? Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman 302: “Sesiapa yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beriktikad bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang paling agung.”
Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307): “Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.”
Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.
Sejarah mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah: “Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.
Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah.”
Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)
Harta Ahli Sunnah Adalah Halal
Harta ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:
عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: “خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس”
Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasibi di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.
Ahli Sunnah Adalah Najis Menurut Syiah
Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (jil. 1 hal. 118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya: “Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis.”
Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya: “Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. (jil 1 hal. 119)
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (jil 2 hal 306):
“وأما الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم”
“Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah.”
Dalam kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak terhingga terhadap ahli Sunnah: “Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina”
Perhatikan lafaz ‘nasb’ dan ‘nawasib’ yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Agama Syiah Adalah Menyalahi Ahli Sunnah
Antara tuduhan jahat Syi`ah terhadap orang lain kerana tidak mengikuti mereka ialah riwayat al-Majlisi daripada Imam al-Baqir di dalam Bihar al-Anwar (jil. 24 hal 311, katanya: “Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita.” Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah nombor 431.
Penutup
Beginilah penilaian mereka terhadap kita ahli Sunnah. Segala usaha yang pernah dirancang oleh ulama untuk mendekatkan antara Sunni dan Syi’ah tidak akan mendatangkan faedah kepada umat Islam kerana sebenarnya itu adalah komplot untuk mendekatkan umat Islam kepada Syi’ah.
Sesunguhnya tidak ada ruang bagi kita untuk berdiam diri, tidak ada masa untuk berlembut dengan mereka kerana kebatilan aqidah mereka akan mengancam keimanan, syariat dan keselamatan serta keamanan dunia. Oleh itu marilah kita mencurahkan usaha dan tenaga untuk memerangi mereka dengan apa cara sekalipun kerana ia adalah satu jihad bagi mempertahankan kesucian ajaran Islam dan demi keamanan sejagat. darulkautsar.net
************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!
0 komentar: